koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 4 September 2013
KESEDAPAN.
Rimas berderap-derap
meramas rayap-rayap
berkemas siap-siap
lemas tidak aku berharap.
Berderap berderup berderup berderap
kalau kayap dah bercampur dengan kurap
tangan tak berhenti merayap
asyik menggaru sambil tercungap.
Sangap
gagap
tertiarap
... sedap.
Sazalee Sulaiman ... 04/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment