koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 8 September 2013
PANTUN ADAT BERADAB.
Sebab menyeru kala serabut,
Puteri Nilam risau disanggah;
Adab melayu bila disebut,
Memberi salam walau tak singgah.
Dagang dijual bata dibeli,
Lelah mengikat kayu sehasta;
Orang menjual kita membeli,
Itulah adat melayu kita.
Halau belatuk di hujung tangga,
Buahlah pala rambang di mata;
Kalau berbatuk menghurung rongga,
Janganlah pula orang dikata.
Sazalee Sulaiman ... 08/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment