Monday, 9 September 2013

SATU HARI DI PAGI ISNIN.


Aku tersenyum
membaca
banyak nukilan
pelbagai bahasa
belum menyentuh gaya
yang pastinya beraneka bentuk
membuat aku 
terlentuk.

Di atas kerusi 
tersengguk-sengguk
mengantuk
akan nikmatnya
buah batuk
bagai belatuk 
mengetuk-ngetuk
tenggorok.

Namun aku teruskan jenguk
tengok
memang masuk
ayat diguna
berlenggang-lenggok
elok
tidak berhabuk
rabuk.

Mindaku mabuk.

Sazalee Sulaiman ... 09/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment