koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 9 September 2013
PANTUN BUMI
Dari Kedah ke negeri Kelantan,
membawa gajus untuk pasaran;
bumi indah ciptaan Tuhan,
mengapa rakus untuk dibinasakan?
Batang jerami berserak-serakan,
buah kuini masak di dahan;
sayangilah bumi yang dianugerahkan,
kerana di sini mulanya kehidupan.
Cuba kuselami nalurinya insan,
hidup gelandangan tanpa tujuan;
basahkan bumi dengan keamanan,
bukannya dengan darah kemusnahan.
Memancing ikan di Tasik Cini,
hingga ke subuh rasa dah bosan;
jangan dijadikan bumi ini,
hamparan membunuh sesama insan.
Burung tempua di atas batu,
sambil memakan buah kuini;
mari semua kita bersatu,
pelihara bumi yang indah ini.
Qalam Bertinta
Klang
08092013
2331pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment