koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 3 September 2013
SEKALI LAGI.
Sekali lagi
kasta menunjukkan kekuatan
walau beribu kali
pengucapan dilahirkan
diungkapkan;
'tiada kasta dalam bersastera'
: namun budaya
menunjukkan kebenaran
tiada keikhlasan
di wajah-wajah kepuraan.
Ya!
... aku sedar
aku sekadar penyair picisan
aku sekadar pengkarya jalanan
tidak layak bagiku
memberikan saranan
tidak layak untukku
melahirkan pandangan
dan aku sedar
pendidikan aku pun
tidak setinggi gading berjuraian
pendidikan pula
hanya di lantai kefahaman.
Biarlah,
aku tahu di mana tempatku
aku tahu di mana selayaknya aku
hidung tak mancung
pipiku pula bersorong-sorongan
tidak pantas berdiri segandingan
duduk pula harus di tepian.
Enggang sama enggang
pipit biar sama pipit
manakan mampu aku bergandingan
dengan kalian.
Aku faham tuan-tuan budiman.
Sazalee Sulaiman ... 03/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment