Sungguh indah akan kejadian
sebaik-baik makhluk diciptakan
ada lelaki ada perempuan
saling melengkapi sebagai pasangan
terima seadanya kelebihan kekurangan
usah membanding bezakan
beri sokongan dalam apa jua keadaan
kerana diketahui kita tak akan mampu sendirian
jadinya sentiasalah memberi bantuan
mudahan kasih sayang berpanjangan
dalam keluarga mahupun persahabatan
satu sikap dimuliakan.
CNM, 8/12/13, BBBangi.
No comments:
Post a Comment