koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 4 December 2013
BUSUK
Kita bonda
yang melahirkannya
kita yang didik
kita yang sempurnakannya
perlu apa dipedulikan
tentang bicara munafik
yang menjejeh di mulut keparat
berbau longkang mengheret bangkai
memuntahkan kebusukan
di mayapada ini.
Kita menghamilkannya
dalam ruang litup yang terhad
juga dalam waktu yang singkat
justeru, persetankan sahaja juak-juak itu
biarkan mereka menjunjung songsang
atau memijak jujur
dengan kepala mereka sendiri.
Qalam Bertinta
Klang
04122013
0021am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment