Telah kukemas kerisku ini
usai perasap kemenyan pak arab
perapi kasturi keliling kurai
nampak elok berlok-lok
berkelok-kelok parung
bagai sang ular melingkar
di dahan jati berembun pagi
mentari di ufuk sunyi.
Keris bersarung akar kerayung
bergulung-gulung jalarnya gantung.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
04/12/2013.
No comments:
Post a Comment