koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 2 December 2013
PESAN, BERPESAN
Aku berkarya
bagai seorang penyair
bersyair tentang hidup
di dalam dunia maya.
Aku juga bermadah
bagai seorang pujangga
berkisarkan prinsip kehidupan
falsafah perjuangan abadi.
Adakalanya aku berbicara
bagai seorang teman, sahabat,
kekasih dan suami
yang penyayang lagi romantis.
Ada masanya juga
aku berkata-kata bagai seorang abang
menyayangi adik-adiknya
dengan nasihat yang aku beri.
Dan di pagi dingin ini
sekali lagi aku ingin berpesan
kepada semua teman, sahabat, kekasih
saudara mara yang aku kasihi
jagalah diri
jauhkanlah hipokrasi
mantapkan hati
berpijaklah di muka bumi
dengan kaki sendiri
usahlah terbang di langit tinggi
dengan beratnya batu di dahi
sayap tertusuk belati
bebaskanlah diri
dari belenggu birokrasi.
Insya-Allah diberkati.
Sazalee Sulaiman ... 02/12/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment