koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 4 February 2014
IRAMA CINTA BERSATU
Cuba kauletakkan tapak tangan kananmu
di atas tapak tangan kiriku
tangan kirimu di atas bahuku
dan akan aku perkemaskan tangan kananku
memaut pinggangmu
di waktu kakimu dan kakiku
bersatu
melangkah mengikut hayunan lagu
menari di sepanjang malam yang syahdu.
Irama cinta engkau dan aku.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
04/02/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment