Monday, 30 January 2012

HIKAYAT LELASARI DAN SURIAWATI BAB 3

Debaran semakin terasa
detik dan saatnya semakin menjelma
hilanglah nyawa dari badan
akan Lelasari dan Suriawati
hanya termampu berdoa kepada tuhan
agar diampun segala dosa jika ada
walaupun sengsara tetap diredha
kerana ianya satu ketentuan
difitnah segala walaupun tidak melakukan.

Akan Pak Kasim tersangatlah berdukacita
kerana telah menganggap kedua mereka sebagai anaknya
lantaran yatim piatu dipungut mereka
hingga dewasa cantik susuk dan paras rupa
benar-benar sedih hatinya terasa.

Datanglah pula seorang balaci Bapak Menteri
menyuruh Pak Kasim mengadap segera
atas alasan ingin berunding cara
kalau mahu mereka terlepas sengsara.

Caranya mudah sahaja
kalau Pak Kasim menurut syaratnya
menyerahkan tanah dan segala harta
baru dilepaskan mereka dari sengsara berneraka
itulah syarat yang dikemuka
oleh Pak Menteri tamak haloba.

Usai mendengar akan syaratnya
tanpa berbanyak fikir Pak Kasim bersetuju sahaja
kerana apalah sahaja akan harta dunia
kalau dibandingkan dengan harta akhirat sana
iaitu doa dari kedua anak angkatnya
walaupun tiada pertalian keluarga.

Setelah selesai perjanjian termetrai
bersukarialah Pak Menteri akan hajat tercapai
dilepaskan Lelasari dan Suriawati dengan bersyarat juga
agar mereka bertiga meninggalkan kampung setelah subuh usai.

Berkelanalah mereka bertiga
meninggalkan kampung tercinta
bersama dendam membara di dada;
di dada Lelasari tersarat membara
bukan kerana apa yang terjadi pada dirinya
tapi memikirkan sengsara diterima
oleh Suriawati azabnya berneraka
sudahlah dipasung diperkosa pula.

Nantilah lagi akan sambungannya
hikayat tidak berakhir di sini cuma
bersambung nanti di bab ke empat.

Jumpa lagi ya!
Ada sesiapa nak belanja makan malam ni tak?

Dahaga pun ada juga ni
dari tadi tak sudah bercerita
sehingga berjumpa lagi di lain masa.

ss-z/spl/pr..26-JAN-2012.





No comments:

Post a Comment