Monday, 30 January 2012

HIKAYAT LELASARI DAN SURIAWATI BAB 6

Jin yang menghuni gua tersebut
tersangatlah garangnya
pada pengamatan penduduk kampung tersebutlah
akan jin tersebut Buragas diberi nama
kerana tidak pandai berhias
apatah lagi hendak berkias
kerana main rembat sahaja
apa yang tidak terlepas.

Pak Kasim dan Lelasari memberanikan diri
memasuki gua tersebut untuk melihat dan meninjau-ninjau.

Gua tersebut gelap gelita
kerana tiada cahaya dapat memasukinya.

Perlahan dan secara berhati-hati
mereka masuk ke dalam gua tersebut
dengan debaran di hati bagai mahu pecah di perut.

Sedang mereka terhendap-hendap
mencari akan apakah suara yang gegak gempita
yang amat menakutkan tadi.

Tiba-tiba!

"WARGHHHH! MAKAN BUDAK"

Satu sergahan datang dari arah belakang.

"Opocot!"

Latah Pak Kasim dan Lelasari
dan 'on the spot'
Pak Kasim tersungkur
dan terkujur di situ juga
'KO'
Innalillahiwainnalillahirajiun.

Kesian Pak Kasim
kerana sergahan di arah belakang
meninggal dunia tak sempat dihalang
itulah pasalnya nama Pak Kasim
tiada dalam tajuk hikayat ini
kerana tak lama wataknya diberi.

Akan Lelasari yang tergamam
akan apa yang terjadi kepada bapak angkatnya
tidak dapat berbuat apa-apa
kerana kakinya juga berat terasa
nak lari dah tiada asanya
kerana rasa takut
tertumpah juga air dari seluarnya.

Ishh! Malunya.

"Oh my god"

Kata suara yang menyergah mereka tadi.

Sambung lagi ya!
Dalam bab ke tujuh pula.

ss-z/spl/pr..27-JAN-2012.





No comments:

Post a Comment