Tuesday, 31 January 2012

KECEWA MENGIMBAU SEJARAH



Kecewa aku dalam tertawa
membawa rimbunan rasa duka
melerai kasih tiada kesudahan
mencari erti rindu semalam.

Kecewa aku dalam gundah
menangisi hati sesaat meresah
berpaut dahan rantingnya patah
tersungkur aku lukapun berdarah.

Kecewa aku tiada sudahnya
hampir hilang jasad dan nyawa
kerana cinta kuikutkan rasa
kerana cinta aku jadi buta.

Buta hati mengimbau sejarah.

ss-z/spl/pr..31-JAN-2012.

No comments:

Post a Comment