koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 31 January 2012
PELITAKU TIDAK BERSUMBU
Puas sudah aku mencari
kilauan di sebalik sinaran pelita cintaku
yang semakin malap tiada bercahaya
ditiup bayu semakin gelaplah ia.
Melentok lenggokan cahayanya
gaya tidak akan mampu bertahan lama
dihembus dek hembusan bayu yang bergelora
seumpama gelora di dalam dada.
Tersentak diriku dari lamunan
sepantas itu juga aku tersedar
rupanya pelitaku tidak bersumbu;
sumbu untuk mempertahankan bakarannya.
Pelitaku bercahaya tanpa bersumbu.
ss-z/spl/pr..25-JAN-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment