koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 31 January 2012
AKU SI POHON KAYU
Aku umpama sepohon kayu;
Di perdu pohonku penuh berselirat dengan akar rindu
yang sentiasa menyalirkan cecair semanis madu mengalir ke nadiku.
Di pangkal pohonku penuh dengan ukiran wajahmu
yang sentiasa tercacah indah kekal bertahta selamanya di dadaku.
Di dahan pohonku penuh dengan rimbunan daun kasihku
yang sentiasa gugur akan tetap bergantian dedaun kasihku yang baru.
Di puncak pohonku pula penuh dengan bunga-bunga sayangku
yang sentiasa mekar bunganya semekar bunga cintaku kepadamu.
Begitulah diriku ini, seumpama sepohon kayu
yang sentiasa subur mekar;
dengan kasih, sayang, cinta dan rinduku kepadamu.
ss-z/spl/pr..23-JAN-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment