koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 31 January 2012
SEKUNTUM MAWAR MERAH BUAT KESAYANGANKU
Untukmu sayangku
kupetik sekuntum mawar merah
buat perhiasan sanggulmu
biar sentiasa mekar
semekar cintaku kepadamu, sayangku.
Buatmu sayangku
kuntuman mekarnya kusisipkan;
kusisipkan sendiri ke sanggulmu
dan izinkanlah aku sayang
izinkanlah aku rasai kelembutan rambutmu
yang menjadi mahkota idamanku
dengan tangangasarku ini.
Cantik sayang!
Kau sungguh cantik malam ini.
Dengan kuntuman mekar, mawar segar
yang tersisip kemas di sanggulmu!
Sedondon pula dengan gaun malammu
yang merah kemerahan, bersilau gemerlapan!
Terpancar dari kilauan lampu yang memancar keindahannya.
Seperti tahu tentang emosi yang bakal terlaksana malam ini,
hingga tidak puas mataku menatap wajahmu.
"Kau sungguh cantik sayangku"
Ucapanku kepadamu!
Lantas dinding tanganmu kukucup mesra.
spl..24-jan-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment