koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 30 January 2012
KERONCONGKU UNTUKMU
Akanku keroncongkan untukmu
keroncongku yang asli
agar bisa kita menari
tarian sunyi bergema di hati.
Akanku keroncongkan untukmu
keroncongku alunan ghazal
agar berghasidah cintaku keasal
asalnya engkau dan aku.
Akanku alunkan keroncongku ini
buat peneman malammu
malam dikala mimpi bertaut
mimpimu dan aku di malam lamaranku
lamaran kasihku buatmu, sayangku terabadi.
ss-z/spl/pr..30-JAN-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment