koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 30 January 2012
KASIH SAYANG TERGADAI MALANG
Bait-bait kata tiada bermakna
setelah jiwa terundung tanahluka
hati yang walang bertambah malang
hanya percaya kebahagiaan akan berkekalan
seumpama kasih sayang dalam panggung wayang
berkekalan hingga ke akhir zaman.
Wayang bergambar berkisah percintaan
hati terikut sama inginkan berteman
bahtera kasih ditempah menjadi idaman
tapi sayangnya, hanyut sudah dipukul gelombang.
Gelombang kasih tidak kesampaian.
ss-z/spl/pr..28-JAN-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment