Monday, 30 January 2012

HIKAYAT LELASARI DAN SURIAWATI BAB 9

Setelah selesai jenazah Pak Kasim dikebumikan
berkumpullah mereka bertiga di dalam gua
sambil beristirehat sambil berkenalan, bermesra.

Buragas berceritakan kisah sebenarnya
kepada Lelasari dan Suriawati dia bercerita.

Kononnya berasal dari luar negara;
negara berbulu putih di kening mata
terdampar ke sini kerana dipukul badai menyapa
akan bahtera karam dibuatnya
bergelandangan berseorangan tiada yang menemaninya.

Pada mulanya dia ada juga ingin menunjukkan mukanya
pada orang kampung, ingin menumpangkan dirinya
tapi dihalau kerana berlainan muka;
mereka berkening rapat kehitaman
sedangkan dia berkening jarang keputihan.

Setelah dihalau orang kampung
tinggallah dia di dalam gua untuk berbumbung
mengenang nasib yang tidak beruntung
malang menimpa tidak tertanggung.

Nama sebenarnya ialah Jeans Cloude VanDame
tapi orang kampung pelat dalam idham
dok, depa panggil dia dengan nama Jin.

Akan Buragas pula!
Kerana dia suka mengeluh seorang diri
akibat gema di dalam gua
jadilah keluhannya seumpama suara pengganas
suara skala dua megapixel
dah jadi berkali-kali mega pixel jadinya
itu sebabnya orang kampung gelarnya buragas
sebab terasa ganas, ahaksss!.

Hidup mencuri apa sahaja yang boleh didapati
untuk menggalas perut, untuk teruskan hidup.

Akan Lelasari dan Suriawati pula
mereka bercerita tentang nasib mereka
yang dihalau dari kampung
oleh Bapak Menteri durjana
bukan sekadar pasungan percuma
malah turut dicerita
hal Suriawati turut di perkosa
hingga dendamnya masih lagi membara
di dalam dada.

Terlopong jugalah Buragas tadi akan cerita mereka
hingga berjanjilah dia akan membantu mereka
mendapatkan kembali hak yang empunya.

Bersambunglah lain kali
dengan pertolongan Buragas
kepada mereka seperti dijanji.

Di bab ke sepuluh ya!
Nanti disambung cerita.

ss-z/spl/pr..28-JAN-2012.



No comments:

Post a Comment