koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 30 January 2012
TERPAKSA DALAM KETERPAKSAAN
Terasa aman dan tenteram
tatkala mendengar azan berkumandang
menyeru segera menghadirkan diri
memuji dan menyembah-Nya tuhanku yang maha suci
sebagai seorang hamba-Nya yang taat lagi setia
akan perintah-Nya jangan terlambat walaupun sesaat.
Tetapi aku masih lagi di sini
mencongak akan kedaifan waktu yang tidak mengizini
untuk segera menunaikan seruan yang mengungguli;
mengungguli aku dari menyembah Tuhan yang aku kasihi.
Terpaksa aku akur dalam keterpaksaan
akan giliran yang diberi.
ss-z/spl/pr..28-JAN-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment