koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 3 January 2013
Aku dahaga.
Aku dahagakan kasih dan sayangmu
belaian mesra darimu dambaan di kalbu
berontaknya jiwaku siang dan malam dibelenggu
seksanya kalbuku hanya Tuhan yang tahu
betapa kerinduan menyapa sendu
di malam yang syahdu.
Namun teganya dirimu membiarkan aku begini
merayu dirimu dalam tangisan bersendiri
tatkala sunyi menakung air mataku ini
menjadi empangan sepi di lubuk sanubari
di jajahan hati
kaurenangi, girang sekali.
Sedangkan, aku masih dahagakan
belaian cintamu kasih.
ss/spl/pm ... 03/01/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment