koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 11 January 2013
Ciptaan Tuhan
Kaulihatlah! ... betapa cantiknya ciptaan Tuhan,
tidakkah engkau mahu mensyukurinya,
dengan kemusnahan yang engkau lakukan
dengan kerakusan dan ketamakan,
halobanya hatimu;
terumbu karang engkau hancurkan
kehidupan laut engkau lacurkan
khazanah alam engkau jahanamkan
engkau ludahkan,
di benakmu hanyalah keuntungan
di hatimu kosong, hanya kekosongan
tiada belas simpati dan kasihan
apa lagi mahu mensyukuri
nikmat Tuhan.
Jahanam engkau!
Jahanamlah engkau yang tamak
berhati haloba.
Tiada sifat kemanusiaan.
ss/spl/pm ... 11/01/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment