koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 8 January 2013
Fitrah kehidupan.
Indahnya Keagungan ciptaan Tuhan
banjaran yang indah, maha luas telah terhidang
seluas mata memandang tidak terjangkau dengan tangan
akal dan fikiran bersatu di dalam kehidupan
flora dan fauna mendamaikan.
Udaranya yang nyaman, dingin dan amat menyegarkan
mendamaikan jiwa-jiwa yang ketandusan
yang dahagakan sedikit ketenangan
dari kekusutan yang telah tepu dan bersarang
dek kota-kota batu yang merimaskan.
Ahh! Sesungguhnya Maha Agung ciptaan Tuhan
yang menyediakan penawar dari segala penyakit dan kesakitan
bagi mereka yang mahu dan tahu memikirkan
bahawa setiap kejadian yang telah diturunkan Tuhan
pasti ada hikmah yang tidak ketahuan.
Berbaliklah semula kepada fitrah kehidupan.
ss/spl/pm ... 08/01/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment