Thursday 10 January 2013

Lambat atau segera.



Semalam,
telah kubicarakan tentang alam dan faunanya
dan ekosistemnya yang semakin tercemar
sehingga boleh membawa wabak nazak
kepada manusia penghuni alamnya
akan kerakusan berpunca dari tangan manusia juga
yang tamak haloba akan keuntungan
di sebalik kata pembanggunan,

hari ini,
aku ingin berbicara pula tentang bulatnya dunia
walaupun nampak ada jurang yang mempersempadankannya
namun hanya maya yang berilusi di hadapan mata
bermain sandiwara kerapuhan jiwa,

hakikatnya bumi ini bulat keadaannya
pusing terbalik hatta tertonggeng
ia tetap bulat tiada sempadan memisahkan kita
jahat atau baik perbuatan kita di atasnya
akan berbalik kembali ke muka dan kepala kita
tak percaya?
Cubalah! Cubalah campak sebiji botol ke dalam laut
kalau tidak tersangkut di mana-mana
pasti akan kembali di hadapan kita semula,
cuma lambat atau segeranya sahaja.

Fikirlah akan maksud yang aku bicarakan.

ss/spl/pm ... 10/01/2013.


No comments:

Post a Comment