koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 3 January 2013
Ucapan teman kujunjung teguh.
Tirai semalam telah berlabuh
sudahlah terang lagi bersuluh
ucapan teman hati tersentuh
terjalin erat mesra dikukuh,
di tebing sungai kolek kusauh
ombak gelora badai dirempuh
bersatu teguh goyah tak sentuh
tiang ukhuwah ampuh tak rapuh,
terima kasih aku bersungguh.
ss/spl/pm ... 03/01/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment