koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 3 February 2013
Geruh Bernoda.
Geruh yang melanda
pekat berkeladak di muka muara
namun dasar tiada tersangka
mungkinkah sama
atau gelora datang berpuaka.
Bukalah mata bukalah minda
perhatikan keadaan sebelum merencana
berkayak rakus ada natijahnya
kelak cedera
berdarah kubur nisannya tiada.
Begitu juga bila berkata
sesedap rasa melepaskan bicara
tanpa berfikir akan kesannya
mungkinkah minda
mengelabui di pandangan mata.
Apa dirasa adakah kebenarannya
dikambing hitam sesuka rasa
syarat yang jelas kepatuhan dipinta
sindiran dirangka
kepada yang tiada dalam itu cerita.
Bermuhasabahlah sebelum bernoda.
ss/spl/pm ... 03/02/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment