koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 5 February 2013
Pantun Hidup Bermasyarakat.
Pantai bernama Cinta Berahi,
mandi manda pakai pelampung;
hidup rakyat Raja dikasihi,
aman damai seluruh kampung.
Pohon bidara jatuhnya rebah,
jambu muda dimakan kelat;
beri memberi jiran muhibah,
bersatu hati hidup berdaulat.
Tuah bersedih membunuh Jebat,
kerana setia korban terikat;
tangan dihulur salam berjabat,
bergotong royong semangat masyarakat.
Jingga mentari di waktu petang,
senja kembali lanjutlah usia;
muhibah rakyat berkasih sayang,
satu masyarakat dalam Malaysia.
ss/spl/pm ... 05/02/2013.
2000 pm,
Nilai Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment