Saturday, 9 February 2013

Pantun sunyi dan sepi.



Gelap malam menyapa sepi,
kepekatan malam membawa sunyi;
rindu silam menampar pipi,
hati meragam kubawa bernyanyi.

Mata berpinar rasa nak pengsan,
tergelincir kaki terpijak pinggan;
tegur menegur pesan berpesan,
pengerat kasih di kala berpergian

Pohon kelapa tidak bermayang,
tinggi sungguh si pohon ketapang;
kerana kasih kerana sayang,
ambillah kapak dada kudepang.

Aduhai! ... apa hal sunyi ni
tak ada pun bunyi mercun padi
24 kaki.

ss/spl/pm ... 09/02/2013.


No comments:

Post a Comment