Tuesday, 18 June 2013

AKU YANG TERHEBAT


Salahkah aku punya rasa hebat tika yang lainnya aku anggap bukan tandinganku
salahkah aku punya rasa hebat jika karya orang lain aku anggap tidak setanding karyaku
salahkah jika aku punya rasa hebat dengan menjadikan karya orang lain sebagai bahan sindiran dalam karyaku 
salahkah aku punya rasa hebat dengan pengetahuan yang aku dapati walaupun semuanya cuma di hujung jari
salahkah aku punya rasa hebat dengan anggapan puisiku adalah yang terhebat di antara semua
atau salahkah aku punya rasa hebat jika di ruang komen yang menyapa kebanyakannya wanita
walaupun setiap komennya tidak tersentuh langsung tentang puisi yang aku ilhamkan.

Namun adakah aku peduli dari mana datangnya semua kehebatan itu walau pun sebenarnya kosong
sekadar lagak yang hanya ingin aku tonjolkan agar aku sentiasa dipandang hebat
kerana dengan kehebatan itu suaraku akan didengari biar terkadang sumbang
kerana dengan suaraku itu juga bila putih kataku maka putihlah kata semua biarpun hakikatnya hitam sehitam ketul arang
dan siapakah engkau yang ingin menidakkan kehebatanku ketika aku sendiri menganggap akulah yang terhebat
sedangkan kehebatanmu sebesar hama pun tidak mampu menyamai kehebatanku
cermin dirimu sebelum mengaku yang engkau punya kehebatan melebihi aku.

Qalam Bertinta
18062013
2113pm

No comments:

Post a Comment