Saturday, 29 June 2013

SEORANG AKU


Aku kembali meniti hari
yang telah jauh kutinggalkan
kerana leka dalam lamunan
dan terbawa oleh perasaan
antara amarah dan kasihan
aku jadi alpa pada jalan pulang.

Aku ke sini lagi dengan satu tekad
tiada apa yang berubah
kerana aku tetap aku
mengajak bicara tentang kesedaran
dan keinsafan
biarpun yang kuterima hanya ejekan.

Aku pun bukan insan sempurna
kekurangan tertera merata-rata
kerana itu aku sentiasa bermuhasabah
agar tidak terlupa siapa diri ini
aku hanya seorang hamba
yang kadang kala terlalai juga.

Cahaya Laila
29 jun 2013

No comments:

Post a Comment