koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 26 June 2013
KENALILAH AKU BUKAN MENYINTAI AKU.
Kenalilah aku seorang penyair mukabuku berdendang apa sahaja mahuku dari dada, minda dan juga rasaku; kenalilah aku.
Kenalilah aku, hanya seorang insan biasa, bukannya ada nama, paras rupapun aku tiada apa lagi harta berjuta ... hendak dibelanja; kenalilah aku.
Kenalilah aku, seorang insan berkecerdasan otak rendah tidak setaraf penyair besar, menapak menyusur lembah dan lurah, tersandung tanah luka berdarah; kenalilah aku.
Kenalilah aku, seorang dungu baru belajar, itulah dari kata-katamu, baru bertatih dah tersandung akar berbelikat engkar; kenalilah aku.
Kenalilah aku, seorang bodoh pada pandanganmu, bicaraku tiada berilmu hanya mencarut dan mengarut ... itulah menurut dari apa katamu; kenalilah aku.
Ahhh! Kenalilah aku dahulu, aku bukan pengoles telur berbulumu, mengipas bukannya cara aku ... mahu menjilat pekung nanarmu kerana itu bukannya aku; kenalilah aku dahulu.
Kenalilah aku dan kritiklah lagi aku semahumu, biar menjadi makanan rujiku kerana aku perlukan kritikan-kritikanmu ... bersendi dalam karya-karyaku; kenalilah aku.
Kenalilah aku kerana telah kutegarkan niat di hatiku dalam belajar seharusnya begitu, memang senang untuk dimaki orang sepertimu, yang terlalu pandai mengikut egomu
... kenalilah aku dahulu, bukan kupinta mencintai diri aku.
SAZALEE SULAIMAN ... 26/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment