koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 23 June 2013
KASIHAN.
Orang nak jadi ketua
dia pun nak jadi ketua
habis dipangkahnya semua
tak kira siapa
asalkan hajat dimahkota
halal haram belakang kira,
... kasihan.
Orang nak dikenali semua
dia pun nak dikenali juga
menjadi perhatian mata
kononnya dia yang paling dipuja
tanpa berpenat dan berusaha
kumpulan dirampas dari pemilik asalnya,
... kasihan.
Nak jadi cerita
orang sibuk, berhempas pulas di majlis terencana
ingin menaikkan nama kumpulan dirampasnya
dia sedikitpun tak cuak rasa
malah tak datang ke majlis direncana
alasannya
...
kwang kwang kwang
kasihan
satu keluarga ditahan penguatkuasa
kononnya, H5N1 melanda seluruh keluarga
tak dapatlah untuk bersama
terkontang-kantinglah pula rakan-rakan lainnya
takut malu tercalit di muka
kerana tetamu lain negara telahpun tiba,
ketuanya pula tiada.
KASIHAN DIA.
SAZALEE SULAIMAN ... 23/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment