koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 23 June 2013
KUALA JEREBU.
Di kuala jerebu nafas berhiba
di dada - di jiwa
bertopeng di wajah/muka
menyusur jalan berapikan rasa
menghirup
menghembur semula
bayu-bayu berkeladak tepu
dari debu
berabu - berbara
mendatangkan kahak
luka
di dada - di jiwa.
Di kuala jerebu
kuselakan nafas berhiba
terluka.
SAZALEE SULAIMAN ... 23/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment