koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 23 June 2013
PANTUN IMPIAN BERMIMPI.
Tidurlah manja tidurlah sayang
usah dilayan mata beragan
kelak gelita dunia dipandang
cacat impian pudar harapan.
Abang di sini selalu merindu
wajahmu kasih dalam anganan
bersua mata kasih dipadu
melepas rindu dalam pelukan.
Wahai rembulan aku berpesan
bawalah aku ke alam bermimpi
memeluk gunung dalam kiasan
meneguk kasih di tasik diimpi.
Wahai kaubintang menjauhlah kamu
aku tak rela engkau bersama
di dalam mimpi aku bertemu
berdakap kasih disaksi purnama.
Tidurlah manja tidurlah sayang.
SAZALEE SULAIMAN ... 23/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment