koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 25 June 2013
AKU WARGA SEMPADAN.
Aku anak sempadan
dilahirkan di antara dua negeri
di hadapan rumah Selangor Darul Ehsan
di belakang dapurnya Kuala Lumpur
Petaling
nama tempatnya.
Membesar juga di sempadan
tempat tumpuan warga perantauan
berhijrah mencari makan
melepas lelah penat seharian
Wangsa Maju
itulah nama tempatnya.
Dah tua-tua ni
aku masih tinggal di sempadan
syukurlah bukannya di sempadan Siam
tapi di Nilai, Negeri Sembilan
sempadannya pula
Sepang, Selangor Darul Ehsan.
Aduhai! ... akulah warga
sempadan.
SAZALEE SULAIMAN ... 25/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment