Wednesday, 26 June 2013

SYAIR CAMAR DI KAMAR.


Wahai kaucamar tinggi di awan
turun ke bumi berkawan-kawan
kutabur bilis untuk kaumakan
sebagai upah untuk berteman.

Dengarlah aku ingin berkata
usah gulana usah curiga
sepi di dada kian bertahta
tiada teman berkongsi rasa.

Wahai kaucamar sungguh beruntung
terbang sekawan kaki tergantung
mencecah air bilis kauusung
sedangkan aku melayan menung.

Terima kasih padamu camar
kerana sudi berkongsi dengar
keluhan hati dada yang cemar
meniti hari kamar nan samar.

Pulanglah camar, sarangmu menanti.

SAZALEE SULAIMAN ... 26/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment