koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 23 June 2013
DI KALA JIWA BERPERANG.
Terkadang ingin sahaja aku menendang
menerajang gundah yang datang
berperang dengan jiwa yang malang
kelukaan beradang
di sebalik senyum aku perdagang
tersisip sisi yang walang
tiada seorang pun yang terpandang
tertutup rumput melalang
aku sorok dan halang
di riak wajah matang berair pasang
sepasangnya air di kala petang menjelang
menyurut turut menghilang.
Kadang-kadang aku masih berdendang
sampai bila mampu aku menghadang
di jiwa sering berperang
menendang, menerajang-rajang.
Sampai bila aku mampu bertahan, menghalang.
SAZALEE SULAIMAN ... 23/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment