Monday, 24 June 2013

GIAN BERPERANG.


Aku hanya seekor semut
di kelopak anggerik meniti paut
mencelah hari mencari pungut
buat menggalas perut.

Aku hanya seekor semut
tiada berparas untuk kuhanyut
membangga diri terkemut-kemut
menyalak bersahut-sahut.

Aku hanya seekor semut
tidak mengganggu atau meragut
apa lagi mahu mencarut
dalam merungut.

Namun ... ,

walaupun aku hanya seekor semut
jangan kauanggap aku penakut
gian berperang sentiasa berdenyut
cabaran sentiasa aku sahut.

Berdatanglah gajah terenjut-enjut 
tidak aku takut
kerana aku seekor semut
berjalan megah di ranting yang reput.

SAZALEE SULAIMAN ... 24/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment