Thursday, 27 June 2013

Peristiwa 13 Mei.

Bab 1.

13 Mei tahun 1969 
rusuhan kaum telah berlaku
menconteng hitam sejarah negara 
kemuncak dari masalah perpaduan 
tragedi kehilangan nyawa 
dan juga harta benda.

Calon pembangkang membangkitkan persoalan 
Bangsa Malaysia; tentang bahasa, kedudukan Melayu 
dan hak kerakyatan bukan Melayu 
membuka ruang dan peluang kesempatan politik
habuan pilihanraya.

Sejarah tercatat pada PRU69 
Parti Perikatan gagal mencapai majoriti 2/3 
walaupun berjaya membentuk kerajaan
disifatkan pula parti pembangkang
satu kemenangan yang besar buat mereka 

jumlah kerusi dimenangi perikatan
menurun daripada 89 kerusi pada PRU64 
kepada hanya 66 kerusi
gabungan pembangkang: Gerakan, DAP dan PPP menang 25 kerusi
PAS pula menang 12 kerusi.
___________________
Bab 2.

Dr. Tan Chee Khoon dari Gerakan; menang besar di kawasan Batu
kebenaran polis telah diminta untuk berarak meraikan kemenangan 
mejoriti 50:50 di Selangor
dan menyebabkan kesesakan jalan raya 
di sekitar Kuala Lumpur

perarakan dirangka hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale 
telah terpesong menuju ke Kampung Baru 
yang penduduknya purata orang melayu, kubu kuat parti UMNO
berasa terancam perarakan kemenangan pihak pembangkang
kerana di sinilah letaknya rumah Menteri Besar Selangor Dato' Harun Idris

dikatakan juga kaum Cina yang menang 
telah berarak 
mengikat penyapu kepada kenderaan mereka 
sebagai lambang kemenangan mereka 
menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan 

ada pula pendapat mengatakan penyapu sebagai lambang 
mereka menyapu orang-orang Melayu ke laut
manakala dalam masyarakat Melayu penyapu mempunyai konotasi yang negatif; sial 
apatah lagi ada yang mencaci dan meludah dari atas lori 
ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
_______________________
Bab 3.

Di Jinjang, Kepong
kematian seorang Cina akibat sakit tua 
diarak sepanjang jalan juga dengan kebenaran polis
namun perarakan kematian telah terpesong
bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei Yeoh Tech Chye 
selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia 
yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya 
melakukan kebiadapan semasa perarakan 
tetapi permohonan maaf tersebut sudahpun terlambat.

Pada pagi 13 Mei 1969 telah terjadi peristiwa ini
orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor Dato' Harun Idris 
selaku Menteri Besar Dato' Harun telah cuba mententeramkan keadaan
rupa-rupanya ada dikalangan mereka telah mengumpul senjata 
hanya menunggu arahan untuk mengamuk
_____________________
Bab 4.

jam 3.00 petang: 

berita pembunuhan orang Melayu di Setapak 
dan seorang wanita mengandung dibunuh dengan kejam 
kandungannya dikeluarkan dari perut 
menggunakan besi penggantung daging babi

jam 4.00 petang: 

dua penunggang motosikal Cina telah dipancung
sebuah van membawa rokok, dibakar dan pemandunya telah dibunuh,
pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap bertindak balas
mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur

pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon Jalan Tuanku Abdul Rahman 
beberapa iklan telah disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam tersebut
menyuruh orang Cina keluar dari panggung tersebut
manakala orang Melayu yang langsung tidak tahu membaca tulisan cina tidak menyedari
dan pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung 

mereka menyerang dan menyembelih tanpa simpati.
________________
Bab 5.

Angka rasmi kematian seramai 196 orang 
439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan
211 kenderaan musnah.

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

Melayu  : 86 orang
Cina  : 342 orang
Lain-lain  : 3 orang 

Apa yang kita dapat dari peristiwa ini? ... Fikirkanlah.

SAZALEE SULAIMAN ... 27/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

No comments:

Post a Comment