koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 29 November 2013
NASIB PEMUISI SIBER
Di atas pentas aku berdiri
mendeklamasi puisi sepenuh hati
cuba menarik penonton menjiwai
karya spontan bahasaku basi.
Di bawah pentas, penonton menyepi
mungkinkah mereka keasyikan, menjiwai
atau terlopong tidak memahami
karya yang dilabel; syok sendiri.
Juri-juri berborak sesama sendiri
tidak tertarik lagaknya hati
juri bukanlah calang orang mengadili
juri dari ahli bahasa era terkini.
Aku tersungkur, duduk di lantai sepi
mengenang nasib puisi yang aku deklamasi.
Kuharapkan kritikan dari para juri
namun kritikan dinanti terus sahaja menyepi.
Kerana belumpun habis aku mendeklamasi
juri-juri telahpun angkat kaki
tinggallah aku keseorangan di pentas sunyi
tertanya-tanya di dalamnya hati.
"Puisi akukah yang tidak menarik hati juri?
...atau akukah yang tidak digemari?"
Sazalee Sulaiman ... 29/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment