koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 30 November 2013
PENTASAN DUNIA IV
Engkau melamar kisah Tun Teja
aku juga melamar kisah Tun Teja,
engkau melakarkan kisah asmaranya
aku melakarkan kisah legendanya,
engkau mengisahkan cinta buana
aku mengisahkan cinta manusia,
engkau mencipta Tajmahal cinta
aku mencipta tugu cinta darinya.
Engkau dan aku tiada beza
hanya berlainan genre-ceritera
usahlah citra dijaja-bangga
mahkota tetap di dada
bertitik pujangga.
Sazalee Sulaiman ... 30/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment