koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 30 November 2013
PENTASAN DUNIA
Engkau di bawah
aku di atas,
engkau dikelami lampu malap
aku dibahangi lampu limpah,
engkau duduk menggigil
aku berdiri berpeluh,
engkau mendengar suara
akulah yang sedang bersuara,
engkau tak faham
aku cuba memahamkan,
engkau tak suka
aku tak boleh berbuat apa-apa.
Lumrah manusia!
...nafsu sering mendahului minda.
Sazalee Sulaiman ... 30/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment