koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 24 November 2013
50pp: Motivasi Petang
Nafsu bergelora
ingin memiliki barangan berjenama
biar papa asalkan bergaya
pantang ada jualan potongan harga
ditenyehnya kad kredit tak ingat dunia
tiba hujung bulan mula tak bermaya
diserang ‘parkinson’ serta merta
bila tengok bil berganda
segala saraf mengeletar tiba-tiba
jangan jumpa along cari dana
hutang akan membinasa
kelak diri merana.
CNM, 24/11/13, BBBangi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment