koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 23 November 2013
50pp: Motivasi Malam
Bingit
telinga jiwa sakit
andai leteran tak berlangit
asyik-asyik nak mengungkit
lidah suka menyumpit
bagai dihasut pelesit
tak boleh silap sikit
meroyannya membukit
jadinya, jangan berfikiran sempit
bawa bertenang usah terjerit-jerit
tarik nafas dalam-dalam redakan yang menghimpit
lenyapkan amarah yang menyelit
perkara yang lepas usah dibangkit
hati tentu tak perit.
CNM, 22/11/13, BBBangi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment