koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 26 November 2013
DULU, SEKARANG DAN DULU-DULU
Dulu anjing
sekarang kucing
dulu-dulu tak nak pula dikira
bila kita berkata:
'Kalau dah makan babi
muka dan perangai,
pun, sama
...macam babi'
: itu baru satu
banyak lagi ungkapan
dan kata-kata
yang dulu-dulunya
kita dondang-sayangkan
seperti ini;
'Antara ular dengan hindu
yang mana?
...kita akan/patut/harus/wajib
musnahkan dahulu?'
Ater! cer citer,
dah tak ada keroja lain ke?
Kalaulahpun
nak menaikkan sentimen kemarahan
carilah benda lain
bukan yang remeh-temeh
dijaja sakan
masuk t.v. bagai;
mendatangkan
bosan.
"Itu akulah ya, kalau tidak semua"
'Usahlah meludah ke langit
jatuhnya nanti... ,
pastinya ke muka sendiri'
"Huh!...terasa macam Karam Singh Walia pula,
hebat, hebat"
Sazalee Sulaiman ... 26/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment