koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 30 November 2013
PENTASAN DUNIA III
Engkau memberi contoh
aku jadikannya teladan,
engkau mahukan yang terbaik
aku cuba buat sebaik mungkin,
engkau menyuruhku berjalan lurus
"aku cubalah berjalan lurus",
engkau si raja kerajaan ketam
aku hanya rakyat kerajaan ketam,
engkau kembali berjalan ereng kanan
aku tersenyum mata menjeling sakan.
"Nasib baiklah tak juling!"
Juling apa?...juling itik.
Sazalee Sulaiman ... 30/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment