koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 24 November 2013
JALINAN.
Salam kuhulur disambut mesra
walau tak pernah bersua muka
di hujung jari kita bersenda
ada ketika bermadah seloka
Waktu menyepi terasa rindu
ucap dan salammu kutunggu selalu
berbagai kerenah teman-temanku
gembira dan terhibur rasa hatiku
Aturan hidup indah sekali
di alam maya saling mengenali
hingga bertemu di alam realiti
ukhuwah terjalin erat di hati.
Cahaya Laila
24 Nov 2013
Klang, Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment