Thursday, 28 November 2013

50pp: Motivasi Pagi


Rasanya
semua orang mahu bahagia
sedaya upaya elak dari derita
mahu dijauhkan dari malapetaka
jadi cuba sebaik mungkin berusaha
tidak memasang agenda
jangan bermain sandiwara
usah memulakan sengketa
bertoleransi sesama
kerjasama diutama
tentu persekitaran jadi ceria
menambah keseronokan bekerja
pun keluarga aman sentosa
sejahtera meniti masa
hidup dimulia dalam reda-Nya.

CNM, 28/11/13, BBBangi.


No comments:

Post a Comment