koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 31 January 2014
TALIBUN SEPULUH LARIK SEUNTAI : LENGGANG KANGKUNG
Lenggang ala lenggang kangkung,
kangkung tepi perigi,
lenggang ala lenggang lambung,
lambung setinggi gunung,
rebung tiadalah rebung.
Rambang ala rambang dukung,
dukung perli-memerli,
sembang ala sembang pekung,
pekung selagi maung,
untung siapalah untung.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
31/01/14.
CINTA
Cinta adalah keindahan
cinta juga menyinari
saat kegelapan menghimpit
cinta akan sentiasa membara
bila dibakar api rindu
cinta itu suci
anugerah terindah dari
Ilahi.
nukilanhati
~sue~
31/01/14
TETAMU
Aku melihat rumah
rumah memandang aku
aku melihat tanah
tanah merenung aku
bila masanya
aku akan menjadi tetamu
aku pun tak tahu
apa yang pasti
tanah itu
akan menjadi taman sementaraku.
Di taman itu
aku akan menjadi tetamu
untuk menanti tetamu
yang akan palu-memalu
jasadku yang kaku, berdosa selalu
atau akan menemani aku
di taman syurga sementara
menanti balasan Allah yang Besar
Tuhan yang Esa
Yang Satu.
Selagi tanah
menerima jasadku
selagi Allah
tidak melaknati jasadku
aku akan menunggu
menjadi tetamu
tanah itu.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
31/01/14.
TETAMU YANG DIUNDANG
Kita ini tetamu yang diundang
bukan datang sekadar berlenggang
dunia ini medan tuduhan angkara fitnah
mencela syariat dalam keakuan
lalu tertulislah kesesatan.
dan tali itu panduan kita
temalinya bukan warisan
ia peringatan
kita penyambungnya
itu amanah
kita cari
kita gali
bukan memerhati.
Bumi menanti
panji kalimah itu menunggu janji
dan sebarkanlah ajaran khatamul-anbiya’
berdirilah dan kandarkan amanah ini di atas bahumu
hidup ini bukan nyanyian ombak
berbunyi bila menghempas batu
jadilah tsunami yang merubah dunia
dengan amalnya.
Pintu azali itu telah lama terbuka
menghampar rahmat-Nya
ada khabar dari Tuhan
angin membawanya terbang
lalu dihembusnya ke seluruh penjuru langit
menyapa hati
bukan telinga
juga bukan dari orang terbuang
tetapi diundang
dalam nama Muhammad
yang terpatri.
Qalam Bertinta
Klang
31012014
1147am
Sabda Nabi Muhammad SAW. Dari hadis Abu Hurairah yang bermaksud:
Tidak ada kelebihan Abu Bakar dengan kamu dengan sebab banyak puasanya dan banyak sembahyangnya tetapi yang melebihkan Abu Bakar ialah dengan SIRR yang tersemat di dalam dadanya.
Berkata Ibni Abbas ra:
“Kiranya aku terangkan tafsirannya (rahsia yang tersebut di dalam hadis itu) nescaya kamu rejam aku ini dengan batu.”
Dalam riwayat yang lain pula beliau mengatakan:
“Nescaya kamu katakan aku ini kafir.”
Barang Naik
k
i
a
n
g
n
a
y k
i
a a
t n
i
k k g
i n
a h a
n a y
r
g a a
n d l
a u
r a p
a l
b u n
p a
a t
g h a
r a w
a l a
h n r
a
i g s
n n o
i a k
s j
i
a a t
n m n
a u a
s c n
Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
31/01/14.
TANGGA KEHIDUPAN
n m
a ada tanga-tangga unik e
p n
u untuk kita realisasikan c
d a
i impian sebuah mimpi p
h a
e emosi dari keinginan i
k
i
m berbuahkan hasrat m
a p
l lama dipendam i
a a
d dalam dada pejuang n
n
i idealisitik yang berhasrat y
d a
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
31/01/14.
di dalam kehidupan
ada tangga-tangga unik
untuk kita realisasikan
impian sebuah mimpi
emosi dari keinginan
berbuahkan hasrat
lama terpendam
dalam dada pejuang
idealistik yang berhasrat
mencapai impiannya.
Thursday, 30 January 2014
SELOKA: KAIN GENDONG IBUKU
Digendong-gendong ibu menggendong
ke awan-gemawan berkain kerudung
aku digendong kain gendongan.
Dilambung-lambung sarat mengusung
dalam gendongan ibu menggendong
aku digendong kain gendongan.
Ibu mengusung perut membusung
adik dikandung ibu mengandung
aku digendong kain gendongan.
Aku beruntung ibu menggendong
di kain gendongan aku tergantung
ibu menggendong aku menyanjung.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
30/01/14.
RINDU 51
Temani aku
hari-hariku
kirimkan aku
senyum manismu
titipkan aku bicara mesramu
jangan biarkan aku
sendiri sepi tanpamu
biarkan rindu menyatukan
engkau dan aku.
nukilanhati
~sue~
30/01/14
Ingat Asalmu
Dia
dari perdu ke perdu
dikerumun agas
bersedekah darah
demi sesuap nasi
Dia
tidak pernah lelah
menjajat pohon ke pohon
berpencak dengan pacat
demi kertas ringgit
Dia orang tuamu.
CNM, 30/1/14
Puncak Broga
Sekian lama kuidam
menakluki bumbungmu
dari khabaran media
dari cerita khalayak
indah panaroma
mentari muncul
menyuluh serata alam
menggamit aku menapak
memijak puncakmu
Syukur dengan izin-Nya
aku tiba menyaksi agungnya ciptaan.
CNM, 30/1/14
KEBEJATAN
Melewati aspal kehidupan
kian menipis kemanusiaan
ihsan nan ternoda akan serakah nafsu...
yang dirajakan,
kebejatan nan ketara
memusnah seberkas keikhlasan
melainkan, keakuan yang diagungkan
batas sempadan peradaban dimusnahkan
nafsu tanpa sempadan melonjak kegirangan
membusung menanti pecah berhamburan
ketawa sang durjana atas kemenangan.
Dan, kebejatan itu semakin terserlah...
tanpa kekesalan.
::AE/300114::
TintaMataPena
...yangmerahitusaga.
PANTUN SITI MUSLIHAT
Mengambil nangka diingin nyonya,
kuasa perayu memantau usia;
Sambil seloka ingin bertanya,
bahasa Melayu atau Malaysia?
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
30/01/14.
PANTUN
Si ketam merah di jirat singa,
hidup di darat mahupun laut;
Dihentam marah birat telinga,
kudup ibarat menghimpun maut.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
30/01/14.
BAHASA NUSANTARA
Di setiap benua
di setiap pelusuk dunia
orang melayu tetap ada
bahasa melayu tetap diutama
walau berlainan negara
bahasanya tetap sama
bahasa melayu senusantara
tiada komprominya.
Di situlah tegaknya rumpun bangsa
bahasa nusantara.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
30/01/14.
PERCUBAAN KARYA TRI-V
HUJAN
d d u a t
i i b n u
u a r
m s n k u
a a n n
n a y d l
a t a i a
h
h m g r
u a e u w
j n r m a
a u s a h
n s a h a
i n i
a g t
e d
k r i
e b k
k a a
e r u
r i
i n h
n g u
g j
a g a
n e n
r
i
n
g
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
30/01/14.
d d u a t
i i b n u
u a r
m s n k u
a a n n
n a y d l
a t a i a
h
h m g r
u a e u w
j n r m a
a u s a h
n s a h a
i n i
a g t
e d
k r i
e b k
k a a
e r u
r i
i n h
n g u
g j
a g a
n e n
r
i
n
g
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
30/01/14.
PELACUR TUA LORONG HAJI TAIB
Helang dan camar bertingkah laku
merebut bangkai terkulai kaku
walaupun bangkai tinggalnya siku
tetap direbut bercengkaman kuku
itu kukais perihalnya kamu
menjolok semu di mata tetamu
walaupun kedut kian bertamu
tetap direbut giur tubuhmu
terkulai di ranjang puasnya nafsu
berganti orang datang berpusu
pelacur tua telahpun lesu
jantan durjana menghulur tisu.
Kerana nafsu bergelumang najis berbau.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
30/01/14.
Wednesday, 29 January 2014
MENGUNDUR WAKTU?
Waktu tidak dapat diundur
dalam tidur
di dalam dengkur
engkau berkumur
engkau kufur.
Nun di dalam lenamu
waktu tetap akan bertamu
mengucupmu
di ubunnya waktu
rindu.
Bangunlah
majukan langkahmu
kerana waktu
tidak akan membatu
di... ,
kangkangmu.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
29/01/14.
TALIBUN BERLAGU PILU
Terbang berkawan di langit biru,
terjun ke laut menjunam laju,
mengaut ikan tajamnya kuku,
menangis ikan tidak berlagu.
Aku di sini hati celaru,
berlengeng malam tidak berbaju,
kutopangkan tangan bagai terpaku,
kemas melekat di bawah dagu.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
29/01/14.
HATI 5
Mawar
harummu menikam sukma
indah mempersona
Mawar kudamba
takkan hilang serinya
namun
mekar penuh ranjau
indahnya tak terkata
jadi idaman
uda dan dara.
Antara bicara dan senyum
ada getar
ada rasa
hadirnya tak terduga
tulus dari hati.
ZIE
27/01/2014
HATI 6
Jauh di sudut hati
ada sesuatu kusembunyi
ingin kuluah
lidah kelu tak terkata.
Jiwa rasa gelora
hati masih gelisah
jiwa rasa resah
namun senyum di wajah
terukir indah
bak Mawar nan mekar.
ZIE
27/01/2014
HATI 7
Seketika
dalam gelisah
sepurnama
dalam penantian
hati di dalam resah
kerinduan nyata
mengusap jiwa
mengheret perasaan.
ZIE
27/01/2014
TARIKH TERINDAH re-post
8 Dec 1985
Kenangan indah
pertama kali kita bersapa
bertukar senyum
dan bertemu pandang.
22 Feb 1989
Detik terindah
Saat permata kasih
tersarung di jari
tanda janji termetri
dengan restu ayah dan ibu.
27 Jan 1990
Tarikh keramat yang dinanti
dengan sekali lafaz dan janji
aku menjadi milikmu abadi
melewati hari-hari bahagia di sisimu
terima kasih ya Allah atas anugerahMu.
20 Dec 1990
Buah cinta kita yang pertama hadir
seorang puteri
hilang terasa segala kesakitan
demi terpandang sinar mata si kecil kita
juga kebahagiaan di wajahmu.
7 Jan 1992
Kebahagiaan kian berbunga
dengan hadirnya
seorang putera.
20 July 1993
Allah menganugerahkan
kita seorang lagi putera
senyum tidak pernah hilang
dari wajahmu hingga kini.
27 Jan 2014
24 tahun sudah
aku melayari bahtera
ini bersamu bersama putera puteri kita
susah dan senang
kita sama-sama reda menerimanya
demi rasa kasih dan cinta
yang tidak pernah padam
walau kadangkala diduga
Ya Allah…kuatkan jodoh kami
restui kasih sayang ini
tempatkan kami bersama di dalam syurgaMu.
Cahaya Laila
29 Okt 2013
Klang.
YANG MERASA
Ketika ini
ada keresahan menghuni
yang tak terluah dengan kata-kata
namun ianya menyeksa jiwa
kesakitan yang tak terlihat
luka yang tak berdarah
namun mencengkam
relung hati.
nukilanhati
~sue~
27/01/14
TALIBUN LAPAN LARIK SEUNTAI: KE TANAH RATA MENCARI CINA BUTA
Merewang daki jangan terbabas,
ke tanah rata menyabung nyawa,
lereng berbukit rela diredah,
berona celak lena di mata.
Melenggang kaki tangan melibas,
ramah kekata mengusung halwa,
sering mengungkit kala beredah,
kerana talak bercina buta.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
28/01/14.
CINTA ITU KELUPAAN
Malam pun tersenyum
sebutir bintang jatuh ke ribaan bulan
lalu menyapa rindu
sedang embun masih cantik berlari
bagai gadis sunti
yang telah bermusim lama menanti
lalu datang bermukim
tanpa sangsi.
Tifa itu datang bersama burung-burung putih
dalam mimpi wangi
seakannya mendera pesona
pun kandil itu masih ada diannya
biarpun senja telah lewat
cahayanya melepas ke awan
menyapa bintang
yang masih lena beradu
berlangsir mendakap bulan
sedang kecintaan adalah kelupaan.
Di lidah pagi
bangun bersama mentari esok
kicau itu mencatat gemersik
seperti tifa
masih berdendang
pada setompok cahaya
yang mengetuk mimpi.
Qalam Bertinta
Klang
26012014
1047am
SYAIR SAYANG ANAKKU SAYANG (KLASIK)
Dengarlah anakku ayahanda bersyair
di malam sunyi air mata mengalir
kerana terluka di dada fakir
mengharap mengerti di jiwamu kuzahir
gelora di dada dihambat luka
kerana dirimu menuang cuka
jahitan lama terkuak kaubuka
tidurku tak lena berbantal duka
apa yang kulaku demi masa depanmu
tanganku melibas supaya kauberilmu
bukanlah nafsu beraja di kalbu
berbirat hatiku tangisan tak berlagu
kerana bagiku ilmu susah dicari
tidak dapat dikongsi untuk kauwarisi
jadikanlah diriku contoh yang beresmi
kais di waktu petang makanmu esok hari
mengertilah sayang syair yang kudendang
sakitnya tubuhmu berbirat berbelang
tidaklah sesakit cuka yang kautuang
di luka hatiku menjemput radang
jadilah seorang insan yang berguna
ponteng sekolah merokok tiada nikmatnya
memanglah seronok pelangimu berwarna
namun keseronokan datangnya dengan harga
syair yang kuzahir berhenti di sini
agar kaumengerti kiasan diberi
badanmu berbirat sakitnya kautangisi
tidaklah sebirat hatiku kaulukai.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
28/01/14.
RINDU 49
Kuterpana
oleh panahan cintamu
tepat ke dasar hati
hingga tak mampu untukku
lari dan menghindari,
cintamu...
merantaiku, rindumu
mengikatku, sehingga aku
tak mampu jauh darimu.
nukilanhati
~sue~
28/01/14
KALBU NARWASTU
Kucuplah tanganku
akan aku kucup dahimu
di malam tangisan
gelora impian
mimpi kian panasaran.
Relung kalbu engkau dan aku
bernarwastu.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
28/01/14.
KESAKITAN ITU
Masih sendiri
menanti dalam samar
rindu saat bersamamu
rindu pada belaianmu
apakah masih bisa berulang,
hanya...
air mata menjadi peneman
kala keresahan melanda
bagai gelora menghempas
tersadai aku kesakitan
pada siapa harusku mengadu.
nukilanhati
~sue~
28/01/14
HILANG DARATAN
Seandainya aku mula menyombong
ego melambung, tolong peringatkan aku
tolong tegurlah aku
kerana aku hanyalah seorang manusia
mudah terleka, mudah juga teralpa
mudah riak dan angkuh
di limpahan cahaya selingkuh
kilauan rengkuh.
Seandainya aku... .
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
29/01/14.
RINDU 50
Sekian lama
kupendam rindu ini
semakin ia menyeksa diri
seraut wajahmu mengisi ruang hati
kasih sayangmu masih hangat kurasa
senyummu tak pernah aku lupa...
namun kini engkau telah tiada
pergimu bertemu sang Pencipta
hanya doa mampu kukirim
agar dirimu tenang di sana.
Ayah, aku merinduimu.
nukilanhati
~sue~
29/01/14
Monday, 27 January 2014
RINDU 48
Rindu ini
lahir di kala kunantimu di sisi
gelisah dan resah yang bertandang
tiada siapa mengerti,
hadirmu
penawar yang di harap
menyelimuti diri
dengan emosi yang disirami
dengan cinta yang murni.
nukilanhati
~sue~
27/01/14
Sunday, 26 January 2014
WARISAN
Aku termenung seorang
di atas bangku usang
merenung jauh di hujung padang
di situ anakku sedang berjuang
bersama teman berperang
bola sepak dijulang.
Terimbau aku kenangan
sewaktu di zaman persekolahan
ayahku meninggalkan pesanan
berusaha dalam setiap perjuangan
hatta di dalam sukan engkau perjuangkan
perlu ada kesungguhan.
Setiap yang engkau lakukan
mesti ada matlamat kehidupan
falsafah itu harus engkau perjuangkan
sekali melangkah berundur jangan
tewas di pertengahan jalan cuba elakkan
harus engkau teguhkan pendirian.
Kini aku pula bersemangat
setelah melihat anakku ligat
mengejar bola bercurahan keringat
semangat jitu dapat kulihat
termampat
di setiap larian berkudrat.
Akan aku wariskan pesanan.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
26/01/14.
PACAT DAN LINTAH
Nak!
Pacat itu kecil
namun tidak kerdil
nafsunya degil
darah dijegil
tembolok berhasil.
Nak!
Lintah itu besar
mengenalinya tidak sukar
nafsunya liar
darah dia lapar
tembolok mungkar.
Itu ceritamu ayah
ketika di sawah
masa engkau lepaskan lelah
berkeluh-kesah
resah
anakmu mula ke lembah.
Kini aku faham ayah.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
26/01/14.
HATI 4
Tika hati mula berbicara
ada rasa yang tercipta
ada getar
ada debar.
Hati kian rasai
rasa rindu yang menghuni
semaian rindu ditaburi
putik kasih mewarnai
kanmekarlah
kuntum cinta
dua hati.
ZIE
26/01/2014
UBAN DI BELIKAT AYAH
Ayah
dadamu beruban
seputih uban di rambutmu
yang dahulunya hitam
likat
menandakan kuat
di kudrat.
Ayah
lelahnya kamu
selelah uban yang melekat
di ubun belikat
memutih
walaupun nampak kuat
hakikat kudrat.
Ayah
berehatlah dahulu
usah digagahkan kudrat tuamu
kini tiba giliran aku
mencabut uban di dadamu
yang telah berselirat
di kudrat.
Berehatlah ayah!
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
26/01/14.
DARI SUNGKAI KEMBALI KE NILAI
Kerja sekolah tak siap
empat murid telah tertangkap
yang dihukum hanya dua
dilepaskan lagi dua
atas alasan kesihatan muridnya
dikatakan hukuman itu sebagai contoh?
Sama juga apa yang aku lihat
kuperhatikan dengan mata terkulat
anakku ditegur kerana membaca komik
sedangkan di hadapan mejanya
ada murid terang-terangan membaca komik
terlepas dari pandangan dan tegurannya.
Adilkah?
Di hari pemberian bantuan awal persekolahan.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
26/01/14.
DARI NILAI KE SUNGKAI
Menghukum biar mendidik
bukan menunggu peluang-mencari ruang
untuk menghukum buat kali kedua
kerana itu telah jatuh hukumnya dendam,
dera; penderaan mental
dan juga fizikal.
Kangkung dipetik dan harus dimasak
sebelum diberi makan kepada anak murid
bukan rumput yang dipetik segenggam
disua pula ke mulut si murid
untuk dilahap
seperti sang lembu.
Setelah loceng dikalungkan
di lehernya murid.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
26/01/14.
Saturday, 25 January 2014
SAYUR KANGKUNG BUKAN RUMPUT
Saya suka main bola
hari-hari saya main bola
main bola di padang sekolah
di padang sekolah... ,
rumputnya memang panjang.
Lembu suka makan rumput
kerana manusia tidak makan rumput
manusia hanya makan sayur
sayurnya... ,
sayur kangkung.
Cikgu makan rumput atau makan sayur?
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
25/01/14.
Subscribe to:
Posts (Atom)