koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 21 January 2014
ALAM
Alam telah lama menebarkan rahsianya
mengajak penghuni untuk mencari
memahami dan mengkaji antara sifat-Nya
bersama tegak berdirinya tubuh
agar dapat dipetik haruman janji
dalam rahsia-Nya yang kian tersingkap.
Aku duduk di situ
di situ juga aku
mencari alam
setelah terbuka hijab
antara dua tembok
untuk aku selongkar
antara nama dan sifatnya
dan alam pun mula bergemuruh.
Perjuangan ini damai
taruhannya bukan darah
nyawa tidak ditagih
kata-kata kita cetak
bukan dalam kitab bahasa
bicaranya bicara kita
bukan dipinjam atau meminjam
bukan dipinta juga meminta
datangnya menggegar
tanpa undangan
tanpa dipersila.
Qalam Bertinta
Klang
21012014
1251pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment